“Saya Tak Malu Jadi Buruh” Hairee Kool Melakukan Apa Saja Kerja Untuk Sara Keluarga

“Saya Tak Malu Jadi Buruh.” Hairee Kool Sanggup Melakukan Apa Saja Kerja Untuk Menyara Keluarga

“Saya Tak Malu Jadi Buruh.” Hairee Kool Sanggup Melakukan Apa Saja Kerja Untuk Menyara Keluarga… Anggota kumpulan Kool, Hairee, memberitahu dia tidak pernah malu menjadi buruh binaan dan melakukan pelbagai pekerjaan rencam lain, walaupun namanya dikenali ramai.“Saya Tak Malu Jadi Buruh.” Hairee Kool Sanggup Melakukan Apa Saja Kerja Untuk Menyara Keluarga

Hairee atau nama lengkapnya Mohd Khairi Yaakob, 51, menegaskan dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara keluarga, selagi tidak bertentangan dengan tuntutan agama.

“Kebetulan, ada kawan menawarkan saya bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan RM80 sehari, jadi saya terima tanpa banyak alasan.”

“Sudah lama saya tidak menerima tawaran persembahan. Memandangkan saya ada anak dan isteri yang perlu ditanggung, saya tidak kisah melakukan apa sahaja kerja.”

“Saya Tak Malu Jadi Buruh.” Hairee Kool Sanggup Melakukan Apa Saja Kerja Untuk Menyara Keluarga

“Selain menjadi buruh, saya juga melakukan pelbagai kerja lain seperti mengecat rumah dan memotong rumput. Saya tidak perlu malu kerana saya bukan mencuri, selain mahukan keberkatan dalam mencari rezeki,” katanya.

Kembali aktif dalam industri muzik apabila bakal muncul dengan single terbaru, Hairee yang pernah popular dengan lagu Bebas berkata, dia tidak akan sesekali meningg4lkan pekerjaan lamanya.

“Kalau ada yang menawarkan saya menyanyi, saya akan pergi. Jika ada yang menawarkan peluang kerja lain, saya tidak men0lak.”

“Saya Tak Malu Jadi Buruh.” Hairee Kool Sanggup Melakukan Apa Saja Kerja Untuk Menyara Keluarga

“Memang ada yang kenal, tetapi saya tidak kisah. Saya anggap diri sebagai pejuang,” katanya.

Selepas tersingkir daripada program realiti, Gegar Vaganza musim keenam, Ahad lalu, Hairee bersama temannya, Riot kini memberikan fokus kepada pembikinan single Ingat, hasil ciptaan Helen Yap.

Lagu itu menyaksikan mereka berpadu suara dengan penyanyi Zizi Kirana.

p/s: Buatlah apa-apa saja kerja untuk menyara keluarga selagi ianya tidak melanggar undang-undang. 

Sumber :BH

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!