“Saya Sudah Empat Bulan Lebih Digantung Tak Bertali” – Lufya Terkilan Dengan Suaminya

Lufya terkilan dengan suami

“Saya Sudah Empat Bulan Lebih Digantung Tak Bertali” – Lufya Terkilan Dengan Suaminya.Lufya terkilan dengan suami

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, terkilan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz yang tidak hadir pada sebutan permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di Petaling Jaya, hari ini.

Lutfyah Sheikh Omar, 34, meluahkan rasa kekesalan dengan sikap suaminya yang dianggap seperti mahu melengahkan kemelut rumah tangga yang melanda mereka.

“Saya sudah empat bulan lebih digantung tidak bertali… dia (suami) susah dihubungi dan tidak mahu berbincang dengan baik.

“Dia juga tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan anak kami,” katanya dalam nada sebak.

Menurut bintang Akademi Fantasi itu, dia seperti merasakan jiwanya didera disebabkan perbuatan suaminya.

“Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik, namun dia seolah-olah mahu melengahkan hal ini.

“Siapalah yang berkahwin mahu bercerai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya.

“Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ini,” katanya.

Lufya Omar

Ketika disoal mengenai tindakan suaminya membuat laporan polis kerana tindakan dan tuduhan keterlaluannya sebelum ini, Lufya berkata, dia belum menerima apa apa arahan atau saman.

“Berani kerana benar…. nak saman atau apa sekali pun saya bersedia,” katanya.

Terdahulu, Lufya sebagai plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari untuk sebutan permohonan cerai yang difailkan olehnya terhadap suaminya, pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Dr Che Muhammad Hafiz yang juga defendan tidak hadir dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof. Dalam prosiding itu, peguam syarie Fadhlina Siddiq yang mewakili Lufyra memaklumkan saman kepada defendan sudah diserahkan di tempat kerjanya di Jempol, Negeri Sembilan pada 7 Oktober lalu.

Lufya Omar

“Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita dunia dan akhirat” – Perkongsian Lufya di Laman Instagramnya

Perkongsian Lufya Di Instagram

“Pihak kami tiada maklumat mengenai ketidakhadiran defendan pada hari ini dan memohon tarikh lain untuk sebutan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya.

Shukran kemudian menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun. Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

Turut kelihatan menemani Lufya sepanjang prosiding hari ini, Heliza Helmi dan Zulin Aziz .

Sumber

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!