Penunggang Motosikal Berjaya Tuntut Pampasan RM11 Juta Dari Majlis Daerah Selepas Kemalangan Akibat Lubang Besar Di Jalan

teamnetizen.com - Penunggang Motosikal Berjaya Tuntut Pampasan RM11 Juta Dari Majlis Daerah Selepas Kemalangan Akibat Lubang Besar Di Jalan

Penunggang Motosikal Berjaya Tuntut Pampasan RM11 Juta Dari Majlis Daerah Selepas Kemalangan Akibat Lubang Besar Di Jalan. Kejadian ini berlaku di West Milford, di mana mangsa, Roger Gates sedang menunggang motosikal cruiser Victory-nya sebelum didapati tidak sempat mengelak beberapa lubang jalan yang besar.teamnetizen.com - Penunggang Motosikal Berjaya Tuntut Pampasan RM11 Juta Dari Majlis Daerah Selepas Kemalangan Akibat Lubang Besar Di JalanKesan daripada itu, beliau hilang kawalan dan motosikal tersebut kemudian melanggar sebuah van dari arah bertentangan sebelum terbakar.

Insiden itu menyebabkan Gates mengalami kecederaan teruk, beberapa tulang rusuknya patah, serta retakan di tulang belakang, tulang selangka, pergelangan tangan serta tulang tangan.

teamnetizen.com - Penunggang Motosikal Berjaya Tuntut Pampasan RM11 Juta Dari Majlis Daerah Selepas Kemalangan Akibat Lubang Besar Di Jalan

Kesan daripada kecederaan itu, Gates terpaksa menghadapi beberapa siri pembedahan dan rehabilitasi, selain kehilangan pekerjaan secara total.

Gates berjaya menuntut pampasan bernilai $2.65 juta (RM11 juta) yang merangkumi kos kehilangan mata pencarian, kos perubatan serta kos-kos yang berkaitan.

teamnetizen.com - Penunggang Motosikal Berjaya Tuntut Pampasan RM11 Juta Dari Majlis Daerah Selepas Kemalangan Akibat Lubang Besar Di Jalan

Menurut laporan daripada RideApart, jalan di mana kemalangan tersebut berlaku sudah pun dikenali sebagai jalan yang berbahaya kepada pengguna jalan raya, dan beberapa aduan telah pun dibuat semenjak tahun 2014 lagi.

Ketika kemalangan tersebut berlaku pada tahun 2016, kali terakhir jalan raya tersebut diselenggara adalah pada tahun 2014!

teamnetizen.com - Penunggang Motosikal Berjaya Tuntut Pampasan RM11 Juta Dari Majlis Daerah Selepas Kemalangan Akibat Lubang Besar Di Jalan

Selain daripada jumlah pampasan (RM11 juta) tersebut, Majlis Daerah Passaic turut bertanggungjawab menampung segala bil perubatan Gates bernilai $756,000 (RM3.1 juta) sepanjang Gates ditahan di hospital.

Sumber: Careta

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!