Mahu Alihkan ‘Batu’ Besar Di Jalan, Terkejut ‘Batu’ Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Jalan raya merupakan keudahan yang sangat penting dalam kehidupan kita untuk bergerak ke satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lebih mudah dan selesa. Oleh itu, keadaan jalan raya yang elok dan rutin penyelenggaraan yang cekap memainkan peranan penting demi kemudahan pengguna.teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Malang tidak berbau, lebih-lebih lagi apabila kita menghabiskan masa dalam perjalanan menaiki kenderaan di jalan raya. Macam-macam yang boleh berlaku. Jika tidak kerana sikap segelintir pemandu, ada pula masalah lain seperti keadaan jalan raya yang mengancam keselamatan pengguna.

Baru-baru ini, warga Twitter dikejutkan dengan satu insiden yang melibatkan pemanduan di jalan raya, apabila seorang pengguna yang menggunakan nama akaun @azarudean2 memuat naik satu kejadian yang dipercayai berlaku di Shah Alam.

teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Menurut pengguna tersebut, kejadian itu sebenarnya dikongsikan kepadanya menerusi aplikasi Whatsapp dan dia berasa satu keperluan untuknya berkongsi kejadian ini di Twitter agar pengguna sentiasa berwaspada.

Menurut perkongsian tersebut, seorang lelaki dan anak perempuannya menjumpai satu objek yang kelihatan seperti batu di Bulatan Melawati, Shah Alam dan ia dirasakan perlu dialihkan. Maka lelaki terbabit meminta anak perempuannya untuk mengalihkan objek berkenaan.

teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Mengejutkan apabila mereka menunjukkan objek itu sebenarnya merupakan sebiji kelapa tua yang telah dicucuk dengan tiga batang paku. Mereka kemudiannya difahamkan telah membuat laporan polis.

teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Sehingga ini perkongsian tersebut mendapat menerima lebih 17,400 retweet dan rata-rata pengguna berasa terkejut dan kesal dengan penemuan tersebut.

teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Ada juga turut menasihati untuk mengelakkan gumpalan air, buah limau dan botol air di jalanan, dikhuatiri turut dicucuk dengan paku

teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Seorang pengguna lain sempat mengingatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan tayar tambahan diisi dengan angin

teamnetizen.com - Mahu Alihkan 'Batu' Besar Di Jalan, Terkejut 'Batu' Rupanya Kelapa Tua Yang Dicucuk Paku

Oleh yang demikian, mana-mana individu yang tinggal berhampiran dengan kawasan tadi hendaklah sentiasa berhati-hati agar tidak terlanggar apa-apa objek pelik di atas jalan raya.

VIDEO:

Orang ramai yang bukan dari Shah Alam juga diminta suapaya perlu sentiasa peka agar perkara sebegini tidak terjadi pada batang hidung sendiri.

Sumber: Era Baru, Azarudean

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!