Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

teamnetizen.com - Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta. Tidak semua wanita sanggup bermadu namun seorang wanita di sini rela untuk berkongsi kasih malah, turut mencarikan isteri baharu buat suaminya.teamnetizen.com - Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

Wanita itu yang dikenali Juspiwati dilapor mengizinkan suaminya dikenali Ustaz Andi Shamsir berpoligami dengan wanita yang direstuinya.

Tribun News melaporkan, kisah pasangan itu mendapat perhatian selepas tular gambar persandingan ‘tiga sejoli’ di laman sosial. Dalam gambar itu Juspiwati tersenyum di sisi suaminya dan madu yang dikenali Nirfawana.

Satu lagi foto tular menunjukkan Andi Shamsir dicium kedua-dua isterinya.

teamnetizen.com - Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

Difahamkan, Juspiwati menemani suami tercinta ke majlis pernikahan di Bulukumba, Sulawesi Selatan.

Sahabat pengantin lelaki, Ustaz Ikhwan Bahar menyifatkan pernikahan Andi Shamsir sebagai sesuatu yang luar biasa, malah memuji Juspiwati yang berhati luhur.

“Barakallah. Satu dalam seribu wanita seperti Juspiwati. Alhamdulillah, semoga bahagia selalu,” katanya.

teamnetizen.com - Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

Seorang lagi rakannya, Abdul Halim Amsur turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada Andi Syamsir.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai kisah perkahwinan poligami di Jombang, Jawa Timur yang mendapat perhatian ramai.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!