Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak. Perjalanan kisah hidup seseorang itu berbeza-beza. Sudah tentu ujian yang diterima juga berlainan. Oleh itu, pelbagai usaha dan juga solusi dilakukan demi kelangsungan hidup sendiri dan keluarga.teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

Gadis taukey burger gerai. Menerusi perkongsian yang tular daripada seorang gadis berusia 24 tahun di Twitter beberapa hari lepas, Nurul A’in Azman, telah mengiklankan perniagaan burger yang diusahakannya.

Dia yang berniaga menggunakan gerai lori milik arwah ayahnya itu gigih menjual burger, oblong serta roti john bagi membantu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

Nak dekat dengan mak & kakak autisme. Oleh hal yang demikian, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mstar Online selepas menemuramah A’in, gadis tersebut yang mempunyai Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Politeknik Port Dickson mengakui bahawa nekad berniaga burger demi menjaga ibu serta kakak yang merupakan seorang penghidap autisme.

teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

Dia telah meninggalkan bidang yang dipelajari demi memastikan sentiasa dekat dengan ibu serta kakaknya yang kelainan upaya.

teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

Tambah gadis itu lagi, perjalanan hidupnya sebagai peniaga burger bermula sekitar 2018 apabila bapa tersayang dimasukkan ke hospital. Ketika itu dia mulai mengambil alih menggantikan bapa berniaga burger untuk menampung perbelanjaan.

Namun, selepas bapanya meninggal dunia, dia nekad meneruskan perniagaan tersebut dibantu oleh kakak ipar serta seorang pekerja.

teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

Sehubungan dengan itu, A’in juga mengakui bahawa sukar bertemu dengan rakan-rakan sejak berniaga berikutan waktu yang tidak mengizinkan. Pada awalnya dia berasa sedikit kecewa namun lama kelamaan menerima perkara tersebut.

teamnetizen.com - Gadis Pemegang Diploma Engineering Nekad Berniaga Burger Untuk Sara Emak Dan Kakak

“Susah nak jumpa dengan kawan-kawan. kalau nak jumpa kena tutup gerai.Jadi jaranglah saya jumpa kawan-kawan.”
“Mula-mula rasa down, lama-lama saya ok.”

Sumber : Mstar Online, ainligheye

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!