Eyra Hazali Dan Haziq Nadzli Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Eyra Hazali Dan Haziq Nadzli Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Tahniah! Eyra Hazali Dan Haziq Nadzli Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz.Eyra Hazali Dan Haziq Nadzli Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

PELAKON Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada dengan lelaki pilihannya, Muhammad Haziq Nadzli yang juga penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan dengan sekali lafaz di Masjid As-Syakirin KLCC, jam 9.35 malam tadi.

Eyra, 20, atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali dinikahkan bapanya, Hazali Ramli dan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Abdul Jamel Jaafar.

Pada majlis itu, Eyra menerima mas kahwin RM3,001 beserta sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan 11 dulang dan jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar dengan keberkatan hari Jumaat. Sejujurnya rasa gementar belum hilang lagi namun Allah permudahkan semua urusan.

“Jujur banyak dugaan terpaksa ditempuh menjelang hari bahagia ini. Satu persatu dugaan yang datang seperti lokasi pernikahan malam ini terpaksa ditukar. Selain itu terdapat beberapa penaja menarik diri dan menghadapi masalah katering yang saya anggap bukan masalah kecil. Namun berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan saya lalui dengan penuh sabar,” katanya.

Eyra Hazali Dan Haziq Nadzli Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Eyra dan Haziq mengenakan busana berwarna putih.

Menurut Eyra, baju pernikahan yang digayakan itu adalah hasil sentuhan ibu tercinta, Qhuzie Johari.

“Saya yang minta ibu sediakan baju pernikahan dan layah di kepala malam ini. Dia mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkannya.

“Bagi saya, pernikahan adalah majlis penting dan ibu sangat memahami citarasa dan tahu mengenai pemakaian saya. Tak sangka ibu merealisasikannya,” katanya.

Terdahulu heroin drama Mr Grey itu mengikat tali pertunangan dengan Haziq pada 1 Disember tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!