Baby Shima Diumpan Wakil Syarikat Kereta Mewah, ‘Datuk’ Mahu Jumpa Secara Personal Untuk ‘Deal’

Baby Shima Diumpan Wakil Syarikat Kereta Mewah, ‘Datuk’ Mahu Jumpa Secara Personal Untuk ‘Deal’

Baby Shima Diumpan Wakil Syarikat Kereta Mewah, ‘Datuk’ Mahu Jumpa Secara Personal Untuk ‘Deal’Baby Shima Diumpan Wakil Syarikat Kereta Mewah, ‘Datuk’ Mahu Jumpa Secara Personal Untuk ‘Deal’

KUALA LUMPUR, 31 Okt ― Penyanyi Baby Shima menegaskan beliau “bukan perempuan murahan” susulan pertemuan dengan wakil sebuah syarikat kereta mewah hari ini.

Mendakwa beliau ditawarkan sebagai duta kereta, beliau mempersoal profesionalisme wakil syarikat yang “cakap lain” berbeza dengan pertemuan dengan penjual kelmarin.

Namun, artis nama sebenar Nor Ashima Ramli tidak menjelaskan perincian butiran perbincangan yang membangkitkan kemarahannya.

“Masa pengurus Shima pergi tandas, tinggallah Shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta Shima datang seorang diri saja.

“Nak ‘deal’ dengan Shima je, konon sama datuk tak perlu nak ajak team (kumpulan). Nak jumpa secara personal (peribadi). Terus Shima sahaja. Kau orang rasa apa?” tulis beliau.

Baby Shima Diumpan Wakil Syarikat Kereta Mewah, ‘Datuk’ Mahu Jumpa Secara Personal Untuk ‘Deal’

Berang dengan tindakan itu, penyanyi genit itu menempelak wakil syarikat yang tidak berani menyatakan hasrat berkenaan di depan pengurusnya.

“Nak berniaga buat cara berniaga. Saya tak nak buruk sangka. Kau orang fikirlah sendiri ya,” tegas bekas peserta D’ Academy Asia pagi ini.

“Maaf saya bukan perempuan murahan ya. Itu bukan cara kerja sebenarnya! Mana profesionalisme kau orang? Macam ni ke cara kerja syarikat besar?”

Artis yang popular dengan lagu Tak Sabar mengakui beliau “menyampah” dengan perbuatan wakil syarikat yang dianggap sebagai ‘orang tengah” kepada bosnya.

“Banyak lagi Audi R8 dan Mustang kat KL ni! Dari minat nak beli jadi menyampah! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah,” katanya.

Baby Shima Diumpan Wakil Syarikat Kereta Mewah, ‘Datuk’ Mahu Jumpa Secara Personal Untuk ‘Deal’

Antara komen-komen netizen yang memberikan pandangan mereka:

dragonfruit_seroja
Macam2 hal…bertabah lah dik itu semua dugaan, semoga @babyshimaofficial terus kuat dan dijauhi perkara2 yg negetif😊

wahyukurniawan995
Kalo org macam itu jadikan sampah je… buang jauh2..😅😅😅

bin_ahmad.f88
So rude !

syariel_ikhwan
Nak niaga buat lah macam niaga

tmrj.8055
Bagi tamparan wanita..

VIDEO:

Sumber/Kredit: Projekmm.com/ IG babyshimaofficial

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!