Atasi Masalah Badan Bongkok Dengan 4 Senaman Asas Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang 

teamnetizen.com - Badan Bongkok, Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang 

Badan Bongkok, Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang. Badan anda mula membongkok? Sudah seringkali kita diingatkan supaya menjaga postur badan kita dengan betul terutama sekali apabila kita melakukan kerja berjam-jam lamanya. teamnetizen.com - Badan Bongkok, Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang 

Sebenarnya, tulang belakang kita sebenarnya masih boleh ditegakkan terutama sekali jika umur anda belum mencecah 60an keatas. Ya, postur badan yang ramping menawan semestinya menjadi idaman, selain meningkatkan keyakinan diri kita juga kelihatan lebih sihat.

Namun, kerana pelbagai alasan dan sebab tertentu, kadangkala tubuh kelihatan bongkok. Tips berikut ini adalah gerakan untuk mengembalikan postur tubuh badan menjadi lurus, memetik laman Grid.id.

Secara rutin, lakukan beberapa gerakan atau senaman di bawah ini untuk memperbaiki postur badan anda:

1. The Greerting

teamnetizen.com - Badan Bongkok, Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang 

Seperti pada gambar, letakkan tangan di bahagian belakang punggung sampai keduanya terhubung. Tahan dalam posisi ini selama 10 saat. Kalau rasa cara ni agak susah, boleh cuba cara yang berikutnya ya.

2. The Lock

teamnetizen.com - Badan Bongkok, Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang 

Letakkan satu tangan di belakang punggung, susuli dengan tangan yang lain, dan genggam dekat tulang belikat, tahan sampai kedua tangan bertemu seperti yang ditunjuk pada gambar di atas.

3. The Stand

teamnetizen.com - Badan Bongkok, Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang 

Cari dinding yang rata, berdirilah di depannya hingga punggung bersentuh pada dinding tersebut, ulangi posisi ini beberapa kali. Cara ni semua orang boleh buat kot.

4. The Fall

teamnetizen.com - Badan Bongkok, Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang 

Sambungan dari posisi The Stand di atas, maksudnya, lepas buat cara The Stand tu boleh terus buat gerakan ini pula ya. Anda perlahan-lahan jatuh ke depan tanpa membengkokkan lutut. Lakukan seperti pada gambar.

Cukup lakukan 4 gerakan mudah ini secara rutin, postur badanmu akan kembali normal, pasti menjadi lebih berkeyakinan dalam menjalani kehidupan seharian.

Senaman-senaman diatas ini tidaklah susah sangat untuk dilakukan bukan? Oleh itu ,anda boleh cuba luangkan masa anda untuk melakukan senaman-senaman ini mengikut kesesuaian anda. Postur tubuh yang betul akan menyebabkan anda merasa lebih cergas dan tidak mudah letih berbanding gunakan postur tubuh yang salah sebelum ini.

Sumber: Grid

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!